Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh
sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai
perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik.
Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang
kemas.
Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska
dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya,
moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk
galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium
karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai
conchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre,
atau sebagaimana yang lebih dikenali, ibu mutiara (mother-of-pearl).
Kepercayaan
umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku.
Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang
menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau
organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa makan
atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan
kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima
oleh tiram dalam kulitnya.
Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri.
Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.
